Latest News

Intake 1 series 10/2013
Check out date, time and camp for intake 1 series 10/2013.

Council Movement PLKN
Council Movement (finish traning) National Service Training Program (PLKN) Group 3 series 9/2012:
Place : All Drop Point
Time : 0830 am
Date : 29 Nov 2012

Shuttle Bus
GPB Corporation has been awarded a contract to provide shuttle bas to UPM. Serdang. A total of 12 units has been provided for this project

Available Job
Interested candidates are encouraged to apply online or write in with a detailed resume indicating current and expected salary

 Join Us
 Select Language

Lunch_bus

KERAJAAN NEGERI PERAK YANG BEGITU KOMITED DALAM KEPRIHATINANNYA MENANGANI PERMASALAHAN RAKYAT TERUTAMANYA BAGI PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN AWAM TELAH MENGAMBIL LANGKAH AWAL DENGAN MENGADAKAN KERJASAMA STRATEGIK “PUBLIC-PRIVATE PARTNERSHIP (PPP)” DIANTARA KERAJAAN NEGERI DAN PIHAK SWASTA BAGI MEREALISASIKAN PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN AWAM YANG SISTEMATIK.

KERJASAMA DIANTARA PERBADANAN SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI (SSI) DAN SYARIKAT GPB CORPORATION SDN BHD (GPB) TELAH TERMETERAI BAGI MELAKSANAKAN PERKHIDMATAN BAS BERHENTI-HENTI UNTUK DAERAH MANJUNG SEBAGAI PROJEK RINTIS MELALUI ANAK SYARIKATNYA IAITU BAS RAKYAT SDN BHD.

MELALUI KONTRAK PERKHIDMATAN YANG DITANDATANGANI, GPB YANG MERUPAKAN SYARIKAT BERPENGALAMAN LEBIH DARI 20 TAHUN DALAM PERKHIDMATAN BAS BERTANGGUNGJAWAB MEMBIAYAI KESELURUHAN URUSAN PENYEDIAAN BAS RAKYAT BAGI DAERAH MANJUNG SEBANYAK 18 BUAH. BAS YANG DISEDIAKAN ADALAH MERUPAKAN BAS BARU BERKONSEPKAN BAS BANDAR YANG MEMPUNYAI KAPASITI TEMPAT DUDUK UNTUK SERAMAI 28 ORANG DAN BERDIRI 30 ORANG. BAS INI DILENGKAPI SPESIFIKASI BERCIRIKAN MESRA PENGGUNA YANG MENJAMINKAN KESELAMATAN DAN KESELESAAN PENGGUNA.

SEBANYAK 7 LALUAN TELAH DITETAPKAN BAGI OPERASI BAS RAKYAT MERANGKUMI KAWASAN-KAWASAN TERPENCIL YANG MANA TIDAK PERNAH DIMASUKI OLEH MANA-MANA PENGUSAHA BAS SEBELUM INI. KESEMUA LALUAN INI WAJIB DILALUI OLEH SYARIKAT DIMANA HANYA 2 LALUAN SAHAJA YANG DAPAT MENCAPAI SASARAN KUTIPAN MANAKALA LAGI 5 LALUAN MENGALAMI KUTIPAN DEFISIT. INI ADALAH SATU TANGGUNGJAWAB SOSIAL OLEH SYARIKAT MELALUI KONTRAK PERKHIDMATAN INI.

USAHA INI TELAH MEMBUKTIKAN BAHAWA KERAJAAN NEGERI PERAK AMAT SERIUS DALAM MEREALISASIKAN SEGALA PERANCANGAN YANG TELAH DIGARISKAN MELALUI 7 BIDANG HASIL UTAMA PERAK AMANJAYA IAITU PENINGKATAN PENGANGKUTAN AWAM BANDAR DAN LUAR BANDAR YANG DILAKSANAKAN OLEH KERAJAAN NEGERI DENGAN KERJASAMA PRODUKTIF PIHAK SWASTA.

| Copyright © GPB Corporation Sdn Bhd. All Rights Reserved |